AHBM (ABU HASSAN BIN MAIDEN)
SALAM JUMAAT
HARI Jumaat merupakan Saiyyidul Ayyam atau penghulu bagi segala hari. Ini kerana terdapat pelbagai keberkatan dalam hari tersebut jika kita melakukan amalan sunat di hari Jumaat.
Selamat merebut amal Ibadah pada bulan dan hari yang mulia dan baik ini, antara perkara-perkara yang boleh di laksanakan ketika hari jumaat sebagai Sunnah Rasulullah SAW.
1. Memotong kuku
Selain sebagai amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.
Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut... Cara yang terbaik, pastikan dipotong kuku tersebut, dalam keadaan pendek dan bersih...
2. Mandi sunat
Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya... Supaya kita lebih segar dan bersemangat untuk mengerjakan ibadah, baca Al-Quran, Solat sunat dan Berzikir.
3. Membaca Surah al-Kahfi
Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak. jadi kita boleh mengambil Iktibar dari kisah-kisah yang dirakamkan dalam Surah tersebut...
4. Perbanyakan bersedekah
Sedekah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta kita, harta yang diberi dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia.
Dalam al-Quran, Allah S.W.T menuntut kita membelanjakan harta dan rezeki yang diperoleh sebaiknya.
Memakai pakaian yang elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian yang elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi sesorang Muslim terhadap orang lain...
Cukup sekadar memakai pakaian yang bersih dan nampak cantik. Tidak perlu sentiasa membeli pakaian baru sedangkan pakaian lama masih elok kerana takut berlaku pembaziran...
6. Memakai wang-wangian
Memakai wang-wangian antara amalan sunat yang digalakkan sebelum solat seperti bau di syurga juga adalah wangi.
Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat. Cukup sekadar bersederhana dalam memakai minyak wangi, jangan terlalu banyak bimbang menganggu konsentrasi jemaah lain pula...
7. Perbanyakkan Zikrullah dan Doa
Berzikir dan berdoa tidaklah terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.
Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Tetapi ketika Imam sedang memberi Khutbah maka hendaklah kita diam dan taat, dengar setiap bait-bait yang di sampaikan...
8. Berselawat
Setiapkali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya... Ayuh! ringankan mulut untuk berselawat...
9. Hadir awal ke Masjid
Para jemaah digalakkan untuk hadir awal ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dan mendapatkan saf pertama untuk solat berjemaah... Andai terlewat atas perkara yang tidak dapat dielakan, ketika masuk ruang saf mestilah sopan santun, jangan melangkah-langkah, berebut-rebut dan sebagainya kerana hal ini boleh menyebabkan jemaah lain terganggu.
10. Perbanyakkan solat sunat
Selain solat fardu yang diwajibkan, kita digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib.
Digalakkan juga untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda ketakwaan kita kepada Allah S.WT. Mohon dan pinta lah padaNya...
Semoga semua di antara kita dapat beramal dengan apa yang telah diberikan dan diajar oleh Baginda Nabi Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW. Niat yang baik-baik, Insya ALLAH yang baik-baik juga kita perolehi dariNya...
sekian sahaja...
AHBM (Abu Hassan Bin Maiden) / 12 Ramadhan 1440H
AHBM (Abu Hassan Bin Maiden) / 12 Ramadhan 1440H