Pendidikan Awal Kanak-Kanak :-
Perkongsian, dalam bidang Pendidikan Awal kanak-kanak ini, sungguh lah mencabar, kekuatan dari segi emosi dan fizikal amat lah dititik beratkan...
Alhamdulilah ilmu yang ditimba semasa belajar dalam bidang ini sepenuhnya digunakan, cuma perlu ditambah mengikut kesesuaian dan keadaan.
Kanak-kanak ini sungguh unik, mereka mudah belajar, bukan lahh tertumpu pada buku 100% tetapi dari segi perlakuan kita. Cara kita, jika elok kita maka elok lah mereka...
Ibu dan bapa adalah pengerak, peranan utama dalam mendidik. bila di sekolah, tanggunjawab sepenuhnya oleh Guru... Jadi mereka sentiasa memerhati setiap perbuatan yang kita lakukan. Jangan sesekali menyalahkan mereka, ubah diri kita dahulu.... InsyaAllah perubahan besar akan kita dapatkan...
"Saya suka membuat perumpamaan... Sebagai contoh mereka yang mempunyai sebuah kebun kelapa sawit, mereka mestilah menjaga tumbesaran pokok tersebut dengan baik, bajanya, racun serangganya dan lain2 untuk mendapatkan hasil buah yang baik untuk dijual oleh peraih, buah tersebut akan melahirkan minyak yang bermutu... Begitulah hasilnya jika kita berkorban sedikit...
Dalam konteks Islam,
pembelajaran pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang di dedahkan kepada kanak-kanak tersebut samada ianya dirancang ataupun tidak ,secara langsung ataupun tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang proses mereka membesar.
Pembelajaran dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan oleh guru, orang dewasa, keluarga dan masyarakat sekitar oleh yang demikian kita tersenarai dalam golongan yang mencorakan mereka.
Oleh itu perbaiki diri kearah lebih baik dan elok...
# Pastikan baju anak2 dibuka sebelum cuci di dobi...
Hanya masukan baju saja di dalam mesin bukan anak2...
selamat mengembangkan sel-sel otak untuk berfikir ayat tersebut...
Mudah-mudahan kita semua terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam membesarkan anak-anak ini...
#AHBM #Pendidikanawalkanak2 #gurutadika #ayahkepadaanak²apc.
Wednesday, 2 October 2019
Thursday, 16 May 2019
AHBM (ABU HASSAN BIN MAIDEN)
SALAM JUMAAT
HARI Jumaat merupakan Saiyyidul Ayyam atau penghulu bagi segala hari. Ini kerana terdapat pelbagai keberkatan dalam hari tersebut jika kita melakukan amalan sunat di hari Jumaat.
Selamat merebut amal Ibadah pada bulan dan hari yang mulia dan baik ini, antara perkara-perkara yang boleh di laksanakan ketika hari jumaat sebagai Sunnah Rasulullah SAW.
1. Memotong kuku
Selain sebagai amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.
Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut... Cara yang terbaik, pastikan dipotong kuku tersebut, dalam keadaan pendek dan bersih...
2. Mandi sunat
Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya... Supaya kita lebih segar dan bersemangat untuk mengerjakan ibadah, baca Al-Quran, Solat sunat dan Berzikir.
3. Membaca Surah al-Kahfi
Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak. jadi kita boleh mengambil Iktibar dari kisah-kisah yang dirakamkan dalam Surah tersebut...
4. Perbanyakan bersedekah
Sedekah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta kita, harta yang diberi dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia.
Dalam al-Quran, Allah S.W.T menuntut kita membelanjakan harta dan rezeki yang diperoleh sebaiknya.
Memakai pakaian yang elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian yang elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi sesorang Muslim terhadap orang lain...
Cukup sekadar memakai pakaian yang bersih dan nampak cantik. Tidak perlu sentiasa membeli pakaian baru sedangkan pakaian lama masih elok kerana takut berlaku pembaziran...
6. Memakai wang-wangian
Memakai wang-wangian antara amalan sunat yang digalakkan sebelum solat seperti bau di syurga juga adalah wangi.
Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat. Cukup sekadar bersederhana dalam memakai minyak wangi, jangan terlalu banyak bimbang menganggu konsentrasi jemaah lain pula...
7. Perbanyakkan Zikrullah dan Doa
Berzikir dan berdoa tidaklah terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.
Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Tetapi ketika Imam sedang memberi Khutbah maka hendaklah kita diam dan taat, dengar setiap bait-bait yang di sampaikan...
8. Berselawat
Setiapkali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya... Ayuh! ringankan mulut untuk berselawat...
9. Hadir awal ke Masjid
Para jemaah digalakkan untuk hadir awal ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dan mendapatkan saf pertama untuk solat berjemaah... Andai terlewat atas perkara yang tidak dapat dielakan, ketika masuk ruang saf mestilah sopan santun, jangan melangkah-langkah, berebut-rebut dan sebagainya kerana hal ini boleh menyebabkan jemaah lain terganggu.
10. Perbanyakkan solat sunat
Selain solat fardu yang diwajibkan, kita digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib.
Digalakkan juga untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda ketakwaan kita kepada Allah S.WT. Mohon dan pinta lah padaNya...
Semoga semua di antara kita dapat beramal dengan apa yang telah diberikan dan diajar oleh Baginda Nabi Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW. Niat yang baik-baik, Insya ALLAH yang baik-baik juga kita perolehi dariNya...
sekian sahaja...
AHBM (Abu Hassan Bin Maiden) / 12 Ramadhan 1440H
AHBM (Abu Hassan Bin Maiden) / 12 Ramadhan 1440H
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK...KHAS BUAT IBU BAPA PENJAGA.
ABU HASSAN BIN MAIDEN
DIP,DCE103085IIC
Guru Tadika
DIP,DCE103085IIC
Guru Tadika
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulilah, Syukur dan Ucapan Pujian buat Allah swt dan Rasulullah saw.
terasa terpanggil untuk menulis sedikit pendidikan dan perkembangan berkaitan kanak-kanak... umumnya di Malaysia.
sebelum itu, orang kata kalau tak kenal maka tak cinta... haha..
Nama di beri Abu Hassan Bin Maiden, anak yang ke tujuh dari lapan adik beradik, Saya di besarkan di Muar, Johor, dan mendapat pendidikan awal ketika berusia 5 tahun di Sekolah Arab Abassiyah dan 6 tahun ke Tadika Kemas, dan Akhirnya ke International Islamic College, Kuala Lumpur dalam bidang Diploma in Islamic Early Childhood Education
R/143/4/0094(02/20) A11184. Menamatkan Pengajian Tahun 2014.
terasa terpanggil untuk menulis sedikit pendidikan dan perkembangan berkaitan kanak-kanak... umumnya di Malaysia.
sebelum itu, orang kata kalau tak kenal maka tak cinta... haha..
Nama di beri Abu Hassan Bin Maiden, anak yang ke tujuh dari lapan adik beradik, Saya di besarkan di Muar, Johor, dan mendapat pendidikan awal ketika berusia 5 tahun di Sekolah Arab Abassiyah dan 6 tahun ke Tadika Kemas, dan Akhirnya ke International Islamic College, Kuala Lumpur dalam bidang Diploma in Islamic Early Childhood Education
R/143/4/0094(02/20) A11184. Menamatkan Pengajian Tahun 2014.
Hampir 6 Tahun berkhidmat di Tadika, sebagai Guru dan Pengurusan, banyak pengalaman-pengalaman yang dapat daripada perkhidmatan tersebut... ok, kita terus pada perkara yang nak di kupaskan dahulu...
Apabila ibu bapa dan penjaga bercakap dan berinteraksi
dengan kanak-kanak ketika bermain, ia sangatlah membantu kanak-kanak untuk membangunkan
keupayaan untuk berfikir dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak perempuan dan
kanak-kanak lelaki perlu diberi peluang yang sama untuk bermain dan
berinteraksi dengan semua ahli keluarganya, termasuk adik beradik, datuk dan
nenek, termasuk aktiviti di luar rumah sekalipun. Bermain dan berinteraksi dengan ibu dan
bapa membantu mengukuhkan lagi ikatan antara anak dan kedua-dua ibu bapanya.
Ibu bapa dan penjaga boleh membantu kanak-kanak belajar
dengan memberikan mereka tugas-tugas yang mudah dengan arahan yang jelas dan mudah difahami,
menyediakan objek untuk bermain dan mencadangkan aktiviti baru. Ibu bapa dan
penjaga tidak harus menguasai permainan/aktiviti tersebut sebaliknya membiarkan
anak bermain untuk membolehkan mereka berfikir secara sendiri. Kehadiran ibu bapa di dalam
aktiviti tersebut hanya sebagai pemberi rangsangan dan semangat, pendapat dan cadangan.
Segala keputusan yang perlu dibuat dalam aktiviti tersebut harus dibuat oleh
anak itu sendiri. ini lah latihan buat mereka untuk berdikari.
Ibu bapa dan penjaga perlulah bersabar apabila anak berkeras
mahu mencuba untuk melakukan sesuatu tanpa bantuan Ibu bapa. Biarkan mereka mencuba
kerana dari situ mereka akan belajar membuat sesuatu sehingga mereka berjaya
tanpa cepat berputus asa. Tugas kita adalah memastikan mereka selamat dan tidak
merbahayakan diri mereka sendiri. Perjuangan untuk melakukan sesuatu yang baru dan
sukar adalah satu langkah positif dalam perkembangan kanak-kanak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ameena Homestay Putra Perdana
Ameena Homestay Putra Perdana Assalamualaikum w.b.t... Ameena Homestay Putra Perdana, menawarkan perkhidmatan penginapan bagi mereka yang i...
-
Ameena Homestay Putra Perdana Assalamualaikum w.b.t... Ameena Homestay Putra Perdana, menawarkan perkhidmatan penginapan bagi mereka yang i...
-
Pendidikan Awal Kanak-Kanak :- Perkongsian, dalam bidang Pendidikan Awal kanak-kanak ini, sungguh lah mencabar, kekuatan dari segi emos...
-
Abu Hassan Bin Miaden Apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah , Allah SWT akan menggantikan kekecewaan...